Skip to content

Melabur dengan Yakin. Diiktiraf Syariah Sepenuhnya.

Pematuhan Syariah disahkan oleh Amanie Advisors

Bagaimanakah Hata Mematuhi Syariah?

Mekanisma Dagangan Yang Jelas (Bai’)

Hata memudahkan pertukaran aset digital melalui struktur jual beli (Ba’i) yang mematuhi keperluan Syariah. Dengan mekanisma ini, setiap transaksi akan diputuskan melalui harga spesifik, jenis aset, dan kuantiti yang telah dipersetujui antara pihak dalam perdagangan.

Aset Digital Patuh Syariah

Hata komited dalam melaksanakan proses saringan untuk menentukan status pematuhan Syariah bagi semua aset digital yang disenaraikan. Kami memastikan bahawa setiap aset yang telah disenaraikan sebagai patuh Syariah telah mematuhi sepenuhnya syarat kelulusan daripada Majlis Penasihat Syariah (SAC) atau Penasihat Syariah, Amanie Advisors.

Tadbir Urus dan Operasi Yang Beretika

Hata beroperasi sebagai platform digital aset yang mematuhi Syariah. Rangka kerja kami dan mekanisma yang digunakan telah disahkan sepenuhnya oleh Amanie Advisors bagi memastikan pelaburan anda selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Aset Yang Tersedia Untuk Staking Di Hata

Stake dengan yakin.

SOLANA SOL Stake Sekarang!

Patuh Syariah Dalam Setiap Aspek

  • Bitcoin BTC
  • Ethereum ETH
  • Solana SOL
  • Litecoin LTC
  • XRP XRP
  • Bitcoin Cash BCH
  • Cardano ADA
  • Polygon POL
  • Polkadot DOT
  • Stellar Lumen XLM
  • The Graph GRT
  • Chainlink LINK
  • Avalanche AVAX
  • Cosmos ATOM
  • Near Protocol NEAR
  • Bitcoin BTC
  • Ethereum ETH
  • Solana SOL
  • Litecoin LTC
  • XRP XRP
  • Bitcoin Cash BCH
  • Cardano ADA
  • Polygon POL
  • Polkadot DOT
  • Stellar Lumen XLM
  • The Graph GRT
  • Chainlink LINK
  • Avalanche AVAX
  • Cosmos ATOM
  • Near Protocol NEAR

Prinsip Utama Syariah Dalam Operasi Kami

Bai’ (Transaksi Jual Beli)

Semua aset dgital kami dilaksanakan menggunakan mekanisma Ba’i (jual beli) yang patuh Syariah, bagi memastikan setiap dagangan mewakili pertukaran pemilikan yang sah.

Ujrah (Ganjaran Staking)

Ganjaran staking diedarkan berdasarkan prinsip Ujrah, dimana pengguna akan menerima ganjaran pulangan kerana menyertai aktiviti pengesahan.

Wadi’ah (Dompet Custodial)

Dompet Hata dikawal oleh prinsip Wa’diah, dimana Hata akan melindungi MYR pengguna dan mata wang yang disokong oleh Hata sebagai penjaga yang dipercayai.

Ju’alah (Program Afiliasi)

Program Afiliasi kami adalah berdasarkan prinsip Ju’alah, dimana pengguna akan menerima ganjaran setelah menyelesaikan tugasan spesifik atau rujukan.

Wakalah (Akaun Amanah)

Dalam prinsip Wakalah, Hata bertindak sebagai ejen yang mewakili pengguna bagi memudahkan pembayaran dan transaksi yang dilindungi.

Ujrah (Yuran & Caj)

Yuran yang dikenakan — misalnya untuk urusan pemindahan, deposit, pengeluaran, perdagangan dan staking — mematuhi prinsip Ujrah, iaitu memastikan setiap kos ialah jelas dan tiada kos tersembunyi.

Aset Digital Patuh Syariah

Aset digital dengan lencana patuh Syariah telah disahkan oleh Majlis Penasihat Syariah atau disemak oleh Amanie Advisors. Aset tanpa lencana tersebut mungkin masih dalam proses semakan atau tidak mematuhi keperluan Syariah.

Soalan Lazim

Struktur dan mekanisma platform Hata telah disemak dengan teliti oleh Penasihat Syariah kami, Amanie Advisors. Melalui semakan ini, Amanie Advisors telah mengiktiraf pertimbangan Syariah kami, dan mengesahkan platform dan operasi dalam Hata telah mematuhi prinsip Syariah. Oleh itu, operasi utama kami—misalnya bagaimana kami memegang simpanan anda dan memudahkan dagangan anda adalah selari dengan garis panduan Islam.

Bagi memastikan Hata kekal sebagai platform patuh Syariah, kami tidak hanya bergantung kepada kelulusan sekali sahaja. Hata tertakluk kepada semakan pematuhan Syariah yang kerap dan berterusan melalui Penasihat Syariah kami. Penyeliaan yang berulang ini dapat memastikan operasi kami sentiasa selari dengan garis panduan Syariah.

Hata berusaha untuk memastikan pengguna dimaklumkan tentang status Syariah bagi aset digital kami pada setiap masa. Kami menyediakan maklumat yang jelas bagi aset digital yang telah disahkan sebagai aset patuh Syariah oleh SAC atau Penasihat Syariah kami.

Tiada, sijil Syariah tidak akan mengubah prestasi atau fungsi produk yang anda gunakan. Walau bagaimanapun, bagi memastikan Hata kekal sebagai platform patuh Syariah yang disahkan, aktiviti utama dalam platform kami dan mekanisma transaksi akan beroperasi berdasarkan keperluan Syariah yang telah ditetapkan oleh Amanie Advisors. Usaha ini bukan hanya proses di belakang tabir, namun merangkap garis panduan yang sentiasa aktif dan mengawal selia bagi memastikan aset anda sentiasa dilindungi dan diurus dengan beretika.